Situasi semasa Sijil Pelajaran Malaysia di SM Sains Rembau. No. Pusat : NG221
Toya : Assalammualaikum dan selamat pagi cikgu .
Prodigy : ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI CIKGU !
Ketua Pengawas : Waalaikumussalam, calon boleh duduk. Seperti biasa, sila pastikan IC, Slip Masuk Peperiksaan, peralatan diletakkan atas meja. Botol air, bekas pensil boleh letak di bawah. Kita mempunyai ruang yang terhad. Elakkan sebarang penyelewengan dalam peperiksaan, sila pastikan calon tidak terbawa sebarang nota dan telefon bimbit masuk ke dalam dewan. Sila buat semakan di poket, kalkulator. Elakkan sebarang tuduhan yang boleh mengganggu kelancaran peperiksaan seperti yang tertera dalam jadual peperiksaan. Calon yang memerlukan perhatian, sila angkat tangan untuk bantuan. Calon juga tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan pada 30 minit yang pertama dan 10 minit yang terakhir. Baiklah, saya ingin memanggil calon NG221A*** untuk naik ke atas pentas dan membuat semakan karung. Buku soalan boleh diedarkan sekarang, calon tidak dibenarkan membuka buku soalan sehingga diberitahu. Ada calon yang tidak dapat buku soalan ? Baiklah pastikan calon mendapat buku soalan Sijil Pelajaran Malaysia, *subject* , *paper*. Ada calon yang dapat salah buku soalan ? Saya merujuk kepada maklumat di bawah. Kertas ini mengandungi blabla halaman bercetak dan blabla tidak bercetak. Calon boleh membuka buku soalan untuk tujuan semakan. Ada calon yang dapat buku soalan tidak lengkap ? Baiklah, calon boleh tutup buku soalan. Jika tiada apa-apa masalah, calon boleh mula menjawab Kertas blablabla bermula sekarang.
Masih ingatkah anda dengan situasi di atas ? Membacanya sahaja boleh mengembalikan nostalgia lama, kenangan kita bersama mengharungi susah senang sampai lah SPM. Ok aku malas nak guna bahasa skema sangat jadi aku nak cakap dekat sini yang aku sangat-sangat rindu kauorang semua. Semua sihat kah ? Kurang seminggu lagi budak-budak PLKN akan balik. Tapi bila aku nak rasa kita 198 orang bersama balik ? Aku tahu hampir mustahil tapi serius aku cakap aku nak kita semua kumpul balik. Aku rindu semua tu.
Masih ingatkah kauorang waktu SPM sebelum masuk dewan kita berkumpul depan dewan tu, hadap kiblat dan baca doa yang selalunya di-lead oleh Rafiqie atau Nabil ? Kadang-kadang Salai akan ketuai bacaan doa rabitah sekali. Sumpah. Rindu semua aktiviti kita.
Aku dah update ni. Aku mintak, SEMUA WARGA GALILEO, rajin-rajin lah update blog ni. Janganlah harapkan admin 2-3 ketul tu je hahaha. Kesian dorang kut. Email password blog ni semua dah ada dekat page kelas kita dekat fb. Tak nak update pasal Galileo, update pasal Prodigy. Tak ada benda nak update pasal Prodigy, kauorang melalut ke laut apa-apa jer lah asalkan blog berupdate hahaha. Okay ?
Btw arahan ketua pengawas di atas tu diolah semula daripada nukilan saudara Fakhrul Haziq di page Prodigy. Semoga bertemu lagi, assalamualaikum !
Sebahagian daripada Galileans dengan beberapa ketul warga Frost.

No comments:
Post a Comment