We Are Better Than Our Fears. Better Than Our Nightmares. But To Find Out, We Have To Face Them All. Gotta Go Through The Worst To Prove That We Are The Best. Face It, That's Our Reality.

Thursday 4 April 2013

Boleh Aku Tanya?

Kadang-kadang aku tertanya.


Mulut kita hebat berbicara mengatakan yang kita sayang ukhwah ini.

Tapi boleh aku tahu, apa yang telah kita buktikan yang menunjukkan kita sayang silaturahim ini?

Sayang. Rindu. Love. Blah blah blah.

Tapi bila diminta pendapat ramai yang senyap. Banyak yang memilih untuk diam membisu. Banyak yang menegaskan "Aku ikut je."

Tapi bila keputusan dibuat, banyak yang melenting. Tak kurang juga banyak yang menghamburkan kata-kata  yang... kurang sopan. Bila ada perdebatan sikit, banyak yang mengeluh. Dikatakan sudah tidak unite. Pecah.

Apa, langsung tidak boleh berdebatkah? Tapi yang berdebat tu pun kenalah ingat adab sopannya. Kalau kau ludah kata kasar caci nista, ludah jugalah yang akan kau terima balik.

Pernah dengar perkataan 'demokrasi' ?

Unite tak bermaksud menerima segalanya bulat-bulat. Unite tak bermaksud segala yang ditetapkan hierarki tertinggi wajib diikut. Unite juga tidak bermaksud apabila timbul masalah kita semua hendaklah diam angguk menjadi pak turut atas alasan tidak mahu berpecah.

SALAH. Definisi 'unite' terlalu luas. Di mana kita masih mampu bekerjasama sebagai satu komuniti menyelesaikan setiap permasalahan tanpa mencetuskan diskriminasi terhadap mana-mana pihak. Di mana kita semua boleh duduk sebumbung berbicara mengenai anjakan paradigma. Di mana kita semua masih berusaha mengekalkan ukhwah walaupun dilambung ombak badai. Di mana kita semua menerima diri masing-masing seadanya. Di mana kita semua tetap boleh bersatu menghadapi ranjau hidup.

Itu definisi 'unite' aku.

Jujur aku sayangkan ukhwah ini. Dan aku sentiasa doakan silaturahim ini akan terus kukuh dan takkan pernah rapuh. Semoga Tuhan makbulkan doa rabitah yang kita alunkan sejak sekian lama ni.

Jadi boleh aku tanya lagi sekali, apa yang telah kita lakukan yang boleh menjadi bukti bahawa kita sayang Prodigy?













No comments:

Post a Comment