We Are Better Than Our Fears. Better Than Our Nightmares. But To Find Out, We Have To Face Them All. Gotta Go Through The Worst To Prove That We Are The Best. Face It, That's Our Reality.

Sunday 21 April 2013

Jom ! Kita...







Assalamualaikum :D


Anda anda anda dan anda semua, saya di sini secara rasminya merindui korang :(


Wuih apa khabar semua wuih. Nak guna 'aku' macam kasar, nak guna 'kita' macam perempuan sangat, so guna 'saya' lah, ala-ala tomey gitu :3 Jangan lempang den kihkihkih korang yang dah biasa dengan den mesti tahu ni siapa.


Bagi yang dah pergi segala EduCamp interview dan IQ test MARA yang macam harom tu, banyak-banyakkan berdoa biar dapat apa yang dihajatkan. And untuk yang akan pergi interview JPA, ALL THE BEST ! Doa banyak-banyak, selawat dan pastikan masuk bilik interview langkah kaki kanan. Ayah saya ada bagi tips, masa nak interview tu, niatkan dalam hati 'aku zat kau sifat' banyak-banyak kali sambil pandang mata interviewers. Korang yang lelaki janganlah pergi tenung mata interviewer perempuan tajam-tajam macam nak tembus, tak pasal-pasal dia tuduh korang nak menggatal dengan dia kan dah susah =_=


Eh boleh pulak macam tu kahkahkah.


Sebab apa tau, sebab masa korang nak interview mesti cuak gelabah ketiak basah kan. Jadi segala perasaan nebes gabra dan takut tu, kalau korang niatkan 'aku zat kau sifat', in shaa Allah, Dia bantu korang dan akan transfer-kan perasaan takut tu dekat interviewers. Serious ! Kiranya masa korang melangkah masuk dengan yakin lagi bergaya dalam bilik tu, interviewers tu yang akan rasa cuak dengan korang and shing shing, terus bagi korang lulus and NAH AMBILLAH BIASISWA INI :D


Tak part last tu tipu.






Tapi, jangan ingat yang kalau dah niat macam tu confirm korang takkan rasa takut no no no. Segalanya masih terserah pada Allah. Kalau Dia nak tetapkan kita tak takut, gempak and pass interview, in shaa Allah dapatlah. Tapi kalau tak, maknanya Dia tengah plan something yang lagi bagus hebat sihat gempak lagi bergaya untuk korang ;) Hihihi.


Jom ! Bukan jom kita mengundi, kita mengundiiii tapi JOM KITA BERDOA ! Moga Allah permudahkan segala-galanya untuk kita dan paling penting, jadikan kita reda dengan apa sahaja ketentuanNya aamiin. Okaylah den nak poei masak ni, kang hangus pulak ayam kicap kek dapur tu. Last but not least, GOOD LUCK GALILEANS ! May Allah grant success to you guys. Ouh ya ! Last words from me :



Trust Him, okay ? :)






No comments:

Post a Comment