We Are Better Than Our Fears. Better Than Our Nightmares. But To Find Out, We Have To Face Them All. Gotta Go Through The Worst To Prove That We Are The Best. Face It, That's Our Reality.

Friday 22 April 2016

Aku tanya apa khabar, semua
































Assalamualaikum semua..

Sudah lama page ini tak berupdate.. Tiada siapa yang update walaupun email n password sudah diberikan..

Almaklumlah, semua dah ada kehidupan sendiri.. Masing masing sibuk belajar untuk mengejar cita-cita masing-masing.. Sampaikan ada antara kita yang tak tahu pun orang lain belajar kat mana.. Sedihnya.. Tapi harapnya semua Galileans sihat sihat sahaja.
Tetiba si penulis ini rindukan kenangan Galileo.. Maaf lah kadang kadang si penulis tak mampu nak move on.. Ye, perkataan move on tu selalu diungkapkan tetapi sukar untuk direalisasikan.. Si penulis bukan senang nak move on move on ni hahahahah.. Entah mengapa, secara tiba tiba si penulis rindukan semua Galileans.. Tengok balik gambar2 kelas, rindu nak satu kelas dengan Galileans yang lain.. Macam mana kita study sesama dalam gila gila untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan kejar cita cita kita.. Sudah lama si penulis tak mengunjungi tempat kita belajar iaitu SEMESRA.. Sudah semestinya banyak kenangan tercipta disitu.. Tak kira lah perit atau manis tapi ia tetap menjadi kenangan yang sukar dilupakan..
Sudah lama juga si penulis tak ketemu Galileans yang lain.. Almaklumlah masing masing dah belajar merata dunia.. Yang dalam Malaysia pun si admin jarang jumpa, apatah lagi yang belajar diluar negara.. bila lah Galileans nak buat reunion.. Nak dengar jugak cerita masing masing.. Pasti banyak cerita punyalaaaaaaaaaaaah..

Sebenarnya si penulis berharap Galileans yang lain boleh tulis juga dalam blog ini.. Share sikit cerita korang sekarang.. Kasi update semua orang..

Okaylah, si penulis xde idea nak tulis apa sekarang.. Diharapkan yang lain akan update blog ini juga..

Jumpa lagi :)

1 comment: