Aik, ramai yang sibuk nampak ? Dah ambik lesen kereta belum ? Mesti ramai yang dah tersiksa 5-6 jam dengar ceramah tu kan ? Macam mana interview UTP ? Bagi yang pergi interview tu, dengan izin Tuhan lulus lah interview korang tu. Bagi yang tak apply, jangan risau, rezeki Tuhan ada di mana-mana :) Yakinlah dengan diri, ingat apa yang diajar waktu MOC interview dulu ! Cara jalan, cara pemakaian and others. Sekolah bayar ribu-ribu untuk penceramah tu okay, jangan lupa praktikkan haha.
Oh ya hari Sabtu dan Ahad ni bersamaan 15 & 16 Disember ada Education Fair dekat Kuala Lumpur Convention Centre dari pukul 11 pagi sampai 7 malam. So mari mari kita meriahkan tempat itu. Akan ada pameran dan maklumat pasal pendidikan dan pemilihan karier kita. Untuk yang berminat nak belajar overseas tu, pergi lah sebab akan ada maklumat tentang course and benda-benda alah yang korang nak tahu kalau nak study abroad. Jangan risau, maklumat pasal universiti lokal pun ada. Jangan lepaskan peluang ini yo ! ;D
Pssst jom ajak Prodigy ramai-ramai jom ?
No comments:
Post a Comment