hai hai ! assalamualaikum ! maaf lah. harinie dah crita bnde yg dah berhabuk. dah ada kat draft so post saja la.
Sebelum peperiksaan SPM memunculkan diri, kami sempat mengadakan jamuan kelas VG yang bertempat di kediaman rasmi Puan Hamidah di Linggi. Merancang untuk mengadakan jamuan dalam tempoh masa seminggu, akhirnya jamuan ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan bantuan ramai pihak terutama guru kelas yang tercinta, Puan Hamidah
Pada hari yang telah ditetapkan beberapa orang telah pergi ke rumah Puan Hamidah terlebih dahulu untuk membuat sedikit persiapan. Pelajar 5 Galileo yg lain bertolak pada jam 7.45 diiringi Cik Nurhafizah
Beberapa minit dalam bas SEMESRA, kami tiba ke rumah Puan Hamidah. Kebanyakan makanan telah disediakan.
MENU
BBQ Ayam dan Kambing, Roti Bakar, Spagetti, Mi Kari, Colleslaw, Kentang Bakar, Air Oren, Cocktail, Sosej
Para tetamu tiba pada jam 8.45 pm. Antara tetamu yang hadir ialah Puan Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Guru-guru yang mengajar 5G. Mereka kelihatan sungguh gembira sekali. Terutama sekali dengan kehadiran Madam Hasni pastinya memeriahkan suasana
Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 pm. Kami sempat mengambil gambar dgn Puan Hamidah dan memberikan sedikit hadiah kpdnya sebagai tanda trima kasih kerana sudi melayan kerenah kami.
Tiba di sekolah lebih kurang jam 12.00 am. Okelah, ayat2 sahaja tidak cukup. Gambar2 menggambarkan segalanya..
Oke Bye! Jumpa di lain entri :)

No comments:
Post a Comment